Semarak Semangat Kebangsaan Melalui Bicara Tokoh Patriotik 

Pertandingan Bicara Tokoh Patriotik, anjuran Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Jabatan Sejarah, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Bukhari pada 4 September 2025. 

Program ini diadakan bersempena Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan dan Bulan Kebangsaan Peringkat IPGKSAH Tahun 2025, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan penghargaan terhadap jasa tokoh bangsa. 

Pertandingan yang melibatkan penyertaan wakil pelajar dari setiap jabatan ini menetapkan persembahan secara berkumpulan (4 orang) dengan memilih seorang tokoh yang mempunyai nilai patriotisme. Setiap kumpulan mempersembahkan kisah tokoh 
melalui lakonan yang kreatif, menyentuh emosi dan sarat dengan penghayatan sejarah. 

Objektif utama program ini adalah untuk: 
1. Menyemarakkan semangat patriotisme melalui penghayatan tokoh kebangsaan. 
2. Mengasah kreativiti dan keyakinan pelajar dalam seni persembahan lakonan. 
3. Mengangkat bahasa Melayu sebagai medium pengucapan berkesan. 
4. Meningkatkan kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar. 

Secara keseluruhannya, pertandingan ini berjaya mencungkil bakat pelajar dalam seni pengucapan serta menanamkan nilai patriotisme, seterusnya mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa jiwa bangsa. 

Penyelaras Program: 
1. Dr. Fakhri bin Abd Khalil 
2. Pn. Jalilah binti Jamil

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290