Pertandingan Inovasi Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru 2025
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan yang terdiri daripada Mohamad Izzuddin Bin Amer, Muhamad Hail Iftykhar Bin Muhamad Nizam, Muhammad Fazrif Haziq Bin Jeslley dan pensyarah pembimbing Asniza binti Zakaria dari Jabatan Pengajian Melayu IPGKSAH atas kejayaan merangkul anugerah pingat perak dalam Kategori IPG menerusi inovasi KIT TAMaM dalam Pertandingan Inovasi PedaTec. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kreativiti dan komitmen tinggi siswa guru dalam menghasilkan solusi pendidikan yang inovatif, tetapi turut menyokong agenda transformasi digital dalam bidang pendidikan negara. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya dan berinovasi demi kemajuan pendidikan tanah air.
Tajuk :
|
Pertandingan Inovasi Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru 2025 |
Tarikh : |
24 Julai 2025 |
Masa : |
9.00 pagi |
Tempat : |
Dalam Talian |
Maklumat Program : |
Pertandingan Inovasi PedaTec merupakan platform tahunan yang menghimpunkan inovator dalam kalangan pendidik dan pelajar institusi pendidikan untuk mengetengahkan hasil ciptaan dan inovasi pendidikan yang kreatif serta berimpak tinggi. Pertandingan ini membuka peluang kepada peserta untuk mempersembahkan produk inovatif yang mampu menyumbang kepada penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan keperluan pendidikan abad ke-21 dan transformasi digital negara. |
Perasmi : |
Dato Hj. Mohd Zamri bin Hj. Abdul Aziz (Timbalan Rektor Kanan IPGM) |
Objektif Program : |
a)Menggalakkan siswa guru IPG membudayakan inovasi dalam bidang pendidikan, khususnya dalam penghasilan bahan bantu mengajar yang kreatif, efektif dan relevan dengan keperluan semasa.
b)Menyediakan ruang kepada warga IPG untuk mempersembahkan hasil ciptaan inovatif yang berpotensi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
c)Memupuk kemahiran abad ke-21 dalam kalangan warga IPG, termasuk pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan integrasi teknologi, selaras dengan aspirasi pendidikan negara. |
Pencapaian : |
Pingat Perak |
Pensyarah Pembimbing : Cik Asniza binti Zakaria