Program Bimbingan Penghayatan Puisi ‘Meresap ke Dalam Makna’
Institut Pendidikan Guru Malaysia (Zon Utara), Kementerian Pendidikan Tahun 2025

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Afif Ikhwan bin Saiful Harizal, pelajar Jabatan Pengajian Melayu, Kelas 23A, Ambilan 2022/2027 yang telah dinobatkan sebagai Deklamatur Terbaik dalam Program Bimbingan Puisi Madani: ‘Meresap ke Dalam Makna’ anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Utara dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Tajuk :

 

Program Bimbingan Penghayatan Puisi ‘Meresap ke Dalam Makna’ Institut Pendidikan Guru Malaysia (Zon Utara), Kementerian Pendidikan Tahun 2025

Tarikh :

24 Julai 2025

Masa :

8.00 pagi -6.00 petang

Tempat :

Pusat Sumber, IPG Kampus  Darulaman

Maklumat Program :

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha mengcungkil bakat siswa guru dalam pengetahuan dan kemahiran terhadap penulisan dan deklamasi puisi serta mempersiapkan calon untuk ke pertandingan deklamasi puisi kemerdekaan peringkat kebangsaan yang diadakan setiap tahun di samping mendokong usaha Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Perasmi :

Pn . Haslinaz binti Hanapi (Penolong Pengarah,  Jabatan Pembangunan Insaniah, Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP), IPGM.

Objektif Program :

a)Meningkatkan penghayatan dan apresiasi puisi dalam kalangan siswa guru sebagai satu medium pengucapan seni dan ekspresi budaya bangsa.

 

b)Melatih dan membimbing siswa guru dalam teknik penulisan dan deklamasi puisi secara kreatif dan berkesan mengikut kriteria pertandingan peringkat kebangsaan.

 

c)Mempersiapkan calon siswa guru untuk menyertai Pertandingan Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan, sejajar dengan usaha memperkasa Bahasa Melayu melalui dasar MBMMBI.

Pencapaian :

Deklamatur Terbaik

Pensyarah Pembimbing : Cik Asniza binti Zakaria

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290