"Ramadan Kareem! Bulan penuh keberkatan dan keampunan kembali lagi "
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK), Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGM KSAH) ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Suci Ramadan kepada seluruh warga kampus.
Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, kesihatan dan kemudahan dalam setiap ibadah yang dilakukan. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan kebajikan, memperkukuh nilai keinsafan serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.