Pingat Perak: Tahniah Pasukan Inovasi Arte
Program Gotong-royong Madani 2025
Iklan Kekosongan Jawatan IPGMKSAH
Tahniah kepada YBhg. Dato Haji Mohd Zambri bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Rektor Kanan IPGM
Tahniah! Instruktur Kecergasan Senamrobik Tahap 1 Peringkat Kebangsaan
Jurnal Penyelidikan Khazanah Jilid 26, 2025
Pilihan Raya Kampus JPP IPGM KSAH 2025/2026
Audit Dalaman ISO 21001:2018 Tahun 2025
Salam Israk Mikraj 2025
Tahniah kepada JPIM atas Kejayaan dalam Inovasi Peringkat Antarabangsa
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

Pada tarikh 23 Februari 2025(Ahad), Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK) telah mengadakan Perhimpunan Rasmi bertempat di Gimnasium, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim. 

Majlis ini diadakan sebagai platform untuk memperkukuh jalinan kebersamaan antara pensyarah dan pelajar serta menyampaikan amanat penting berkaitan hala tuju akademik dan pembangunan kepimpinan pelajar. 

Program ini turut menyaksikan sesi serah tugas antara kepimpinan lama dan baharu Jawatankuasa JPAKK, yang bertanggungjawab dalam merancang serta menggerakkan pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum di bawah jabatan. 

Pihak jabatan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah dilantik dalam Jawatankuasa JPAKK sesi 2025/2026. Semoga kepimpinan baharu ini dapat meneruskan kecemerlangan dan membawa manfaat kepada seluruh warga jabatan. 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290