EKSPO INOVASI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (INPAKK) 2025

Pada 9 April 2025, Ekspo Inovasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (INPAKK) telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) bertempat di Dewan Munsyi. Program ini merupakan sebahagian daripada pelaksnaan Tugasan 3 Kursus PAKK3652: Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak, di mana pelajar dikehendaki menganjurkan ekspo berasaskan produk inovasi yang telah dibangunkan dalam Tugasan 2.

Ekspo ini menjadi medan utama untuk menampilkan kreativiti, inovasi dan kebolehan pengurusan dalam kalangan pelajar PISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan tema "Permainan Digital & Pembelajaran Interaktif". Penganjuran ekspo ini telah menarik penglibatan aktif murid prasekolah yang dijemput khas, sekaligus memberikan pengalaman autentik kepada pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan teori kepada amalan sebenar. Selain mempamerkan produk, pelajar turut terlibat dalam aktiviti pengurusan program, komunikasi dengan pelawat dan penyampaian maklumat dengan berkesan.

Ekspo INPAKK 2025 bukan sekadar pameran, malah satu platform pembelajaran yang memperkukuh integrasi ilmu, kemahiran dan nilai profesionalisme dalam pendidikan awal kanak-kanak. Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar dan pensyarah yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam menjayakan program ini. Semoga ekspo ini menjadi inspirasi ke arah pembentukan guru yang kreatif, reflektif dan inovatif.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290