LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) BERTAM OLEH PELAJAR PISMP JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (16 April 2025)
Pada 16 April 2025, seramai 99 orang pelajar Tahun 3 Semester II PISMP Ambilan September 2021/2026 Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah menyertai Program Lawatan Sambil Belajar ke Pengkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Bertam, Pulau Pinang. Program ini merupakan sebahagian daripada kursus PAKK3573 Kesihatan dan Keselamatan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dikendalikan oleh Puan Juriah binti Zaini.
Antara pengisian utama ialah taklimat struktur dan fungsi JBPM, lawatan ke Galeri JBPM, pendedahan kepada penggunaan peralatan kecemasan termasuk payung terjun dan pengalaman menaiki trak bomba. Para peserta juga dibawa melawat ke Hangar untuk melihat kelengkapan operasi penyelamatan dengan penerangan terperinci oleh pegawai JBPM termasuk Encik Abdul Shukor Sabri dan Encik Muhammad Ubadah.
Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada pihak JBPM. Aktiviti ini telah berjaya memperkukuh pengetahuan pelajar tentang aspek keselamatan dan peranan penting JBPM dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak.