PERTANDINGAN DEBAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2025
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim telah menganjurkan Pertandingan Debat Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada 17 April 2025 bertempat di Dewan Bukhari. Program ini bertemakan "Bersama Membela, Mencorak Masa Depan Kanak-Kanak" dan melibatkan penyertaan pelajar PISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai platform memperkukuh kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan daya hujah ilmiah dalam isu-isu berkaitan kanak-kanak.
Antara isu utama yang dibahaskan ialah "Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia: Sistem Keadilan Menjadi Persoalan" yang telah mencetuskan perbincangan berfakta dan berasaskan kajian serta realiti semasa.
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran warga IPG serta kemudahan 10 gerai jualan di ruang legar sebagai inisiatif keusahawanan pelajar. Pertandingan ini bukan sahaja menyerlahkan bakat pelajar dalam arena debat, malah wadah menyemai kesedaran awal tentang hak dan kebajikan kanak-kanak dalam pendidikan.