PROGRAM KURSUS ASAS RENANG DAN WATER CONFIDENT KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 

Pada 23-24 April 2025, seramai 45 orang pelajar dari Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) ambilan Ogos 2022/2027 Institut Pendidkan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah mengikuti Kursus Asas Renang dan Water Confident bertempat di Kolam Renang Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Program ini telah dikendalikan oleh barisan fasilitator berpengalaman dengan bimbingan pensyarah pengiring, Pn. Noradibah bt Jusoh dari Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai teknik asas renang dan membina keyakinan dalam air (water confident), terutamanya ketika mengendalikan murid berkeperluan khas. 

Antara pengisian utama kursus termasuk sesi taklimat keselamatan air, demonstrasi teknik asas renang dan aktiviti praktikal di kolam renang. Program ini bukan sahaja memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar secara praktikal, malah memperkukuh kefahaman mereka terhadap keperluan pedagogi yang inklusif dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290