PRASEKOLAH DIDIKKU SAYANG : PERMULAAN PERJALANAN PENDIDIKAN YANG BERMAKNA
IPGM KSAH, 16 Februari 2025 - Hari pertama sesi persekolahan di Prasekolah Didikku Sayang berlangsung dengan penuh keceriaan dan pelbagai emosi.
Di dalam bilik darjah, kanak-kanak diperkenalkan kepada rakan baharu dan aktiviti interaktif yang menyeronokkan. Persekitaran pembelajaran yang kondusif membantu mereka berasa lebih selesa dan bersedia untuk meneroka dunia pendidikan awal.
Walaubagaimanapun, ada yang masih sukar berpisah dengan ibu bapa. Sokongan guru dan galakan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu mereka mengatasi perasaan cemas dan membina keyakinan diri.
Hari pertama ini menjadi titik permulaan penting bagi perjalanan akademik kanak-kanak. Dengan pendekatan pengajaran berkualiti serta sokongan ibu bapa dan guru, mereka akan terus berkembang dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.
Semoga Prasekolah Didikku Sayang terus menjadi platform pendidikan awal yang berkualiti bagi melahirkan generasi yang cemerlang!