Satu bengkel peringkat jabatan telah di adakan pada 4 - 6 Dis 2022 di Intura Cawangan Utara dalam usaha jabatan untuk memantapkan lagi aktiviti pemeriksaan skrip jawapan kursus EDUP3053 semester 2 tahun 2022. Bengkel telah dilaksanakan sepanjang 3 hari dan dihadiri oleh pensyarah-pensyarah jabatan mengikut keperluan pemeriksaan skrip jawapan masing-masing.
Bengkel telah diselaraskan oleh penyelaras kursus Pn. Salmiah Binti Said. Hadir sama En Ti Heong Poy, pensyarah Jabatan Bahasa yang membantu dalam proses penyampaian kandungan kursus.