Aktiviti :Program Perkembangan Staf
Tajuk : BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) IPGKSAH 2022
Tarikh : 30 OGOS 2022 (SELASA)
Masa : 30 a.m - 4.30 p.m
Tempat : BILIK PENGAJARAN MIKRO IPGKSAH
Anjuran : Unit Psikologi & Kaunseling
Peserta :16 Orang
Personalia : -
Fasilitator : - PN. NORFASHADIRAH BINTI DESA
EN. MD ZAHIR BIN ABDUL HAMID
LAPORAN PROGRAM
AKRAB dalam perkhidmatan awam merupakan pembentukan kelompok sokongan atau perantara yang terlatih dan bertauliah antara ahli AKRAB dengan rakan sekerja dan pegawai psikologi atau pegawai sumber manusia di kementerian atau jabatan. Objektif utama pelaksanaan ialah untuk membimbing pegawai yang menghadapi permasalahan, cabaran dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan dan meningkatkan potensi diri ke tahap yang optima.
AKRAB IPG Kampus Sultan Abdul Halim terdiri daripada dua puluh orang ahli yang telah menerima pentauliahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. Justeru, AKRAB IPGKSAH diharapkan dapat memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan kualiti kerja, potensi dan kecemerlangan diri rakan sekerja di IPGKSAH.
Program ini bertujuan memberi satu refresher course kepada ahli AKRAB yang telah melalui kursus Tahap 1 dan Tahap 2. Ini bagi memastikan semua ahli AKRAB sentiasa peka dan cakna mengenai isu-isu semasa psikososial dan kesejahteraan mental. Dalam bengkel ini juga, perancangan aktiviti AKRAB bagi tahun 2023 telah dilaksanakan.
- Details
- Written by: upsk
- Hits: 127
Aktiviti :Program Perkembangan Staf
Tajuk : PROGRAM BUDAYA KERJA CEMERLANG : SEMINAR KESEJAHTERAAN EMOSI DAN PENGURUSAN KESIHATAN - TERAPI MINDA: “THE NEW ME”
Tarikh : 31 MEI 2022 (SELASA)
Masa : 30 a.m - 4.30 p.m
Tempat : KULIM GOLF & COUNTRY RESORT, KULIM, KEDAH
Anjuran : Unit Psikologi & Kaunseling
Peserta :24 Orang
LAPORAN PROGRAM
Kesejahteraan emosi merupakan satu elemen penting dalam mewujudkan budaya kerja cemerlang di sesebuah organisasi. Kesejahteraan emosi merangkumi kesihatan mental dan fizikal dalam kalangan individu supaya dirinya sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan harmoni dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau tanggungjawab. Keadaan ini bukan sahaja menjurus dalam bidang pekerjaan semata-mata bahkan juga meliputi aspek kehidupan dan kekeluargaan seseorang itu.
Rentetan Pandemik COVID-19 sehingga memasuki Fasa Endemik kini, semakin ramai individu menghadapi isu untuk mencari dan mencapai kesejahteraan emosi yang optimum. Pelbagai masalah berkaitan kesejahteraan emosi yang melibatkan penyesuaian diri di tempat kerja, isu tekanan beban kerja, isu kekeluargaan seperti masalah kewangan, menguruskan keluarga dan sebagainya. Disebabkan isu sebeginilah, Unit Psikologi dan Kaunseling IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Latihan mengadakan satu program berbentuk kesejahteraan emosi yang berfokuskan kepada Terapi Minda iaitu mewujudkan “The New Me” terutamanya kepada Pegawai Akademik yang baharu bertugas di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan emosi yang sejahtera dalam kalangan warga kerja, memahami tentang kesihatan mental dan fizikal serta meningkatkan motivasi dan keseronokan bekerja disamping mengutamakan hubungan dalam kekeluargaan.
- Details
- Written by: upsk
- Hits: 227
PROGRAM KAUNSELING KELOMPOK TERAPI IMEJ PENINGKATAN KENDIRI DAN ETIKET SOSIAL
- Details
- Written by: upsk
- Hits: 370
Read more: PROGRAM KAUNSELING KELOMPOK TERAPI IMEJ PENINGKATAN KENDIRI DAN ETIKET SOSIAL