Bengkel Pemantapan Auditor dibawah JPPI telah diadakan dengan jayanya dan dihadiri oleh para auditor serta pihak pengurusan organisasi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman, kemahiran, serta profesionalisme para auditor dalam melaksanakan tugas mereka.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah, YBrs. Dr. Aris Fazil bin Haji Ujang, diikuti dengan taklimat khas oleh Setiausaha Sekretariat, Dr. Mahaya bt Salleh mengenai prosedur audit terkini. Sesi utama bengkel merangkumi latihan dan simulasi audit, perkongsian pengalaman oleh auditor berpengalaman, serta sesi perbincangan dan soal jawab mengenai cabaran dalam pelaksanaan audit.

Bengkel ini telah memberikan manfaat yang besar kepada peserta, khususnya dalam memperkemaskan sistem pemantauan dan pematuhan terhadap keperluan audit. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugas seharian demi meningkatkan kecekapan dan kecemerlangan organisasi.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini, termasuk Tuan Pengarah, Setiausaha Sekretariat, pasukan auditor, dan barisan penggerak. Semoga kejayaan program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti audit dalam organisasi IPGKSAH.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290