Audit Dalaman 1/2025 IPGMKSAH
Laporan Kejayaan Audit Dalaman 1/2025 IPGKSAH
Alhamdulillah, Audit Dalaman (AD) 1/2025 di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada tarikh yang telah ditetapkan. Sesi audit ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan terhadap prosedur yang ditetapkan, meningkatkan kecekapan pengurusan, serta memastikan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti berjalan selaras dengan piawaian yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:
- Pihak pengurusan, yang telah membantu proses audit berjalan dengan lancar.
- Dr. Mahaya Bt Salleh, selaku Setiausaha Sekretariat JKPP, yang telah memainkan peranan penting dalam menyelaraskan dan memastikan kelancaran proses audit.
- Dr. Muazah Binti Abu Samah @ Hashim, selaku Ketua Audit IPGKSAH yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran proses audit.
- Dr. Azimah Bt Abdullah dan pasukan EOMS yang telah bertungkus-lumus dalam menguruskan perjalanan sesi AD 1/2025 dengan penuh komitmen dan efisien. Usaha gigih mereka dalam menyediakan dokumentasi dan menyelaraskan pelaksanaan audit amatlah dihargai.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pasukan auditor yang telah melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. Mereka berjaya menjalankan tugas dengan teliti, objektif, dan berintegriti tinggi dalam menilai tahap pematuhan serta keberkesanan sistem pengurusan yang dilaksanakan di IPGKSAH.
Penghargaan setulusnya juga ditujukan kepada semua auditee yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses audit dijalankan. Sikap proaktif dan keterbukaan dalam menerima penilaian telah menyumbang kepada kelancaran sesi AD 1/2025 ini.
Kami menyedari bahawa terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam proses dan pelaksanaan prosedur organisasi. Oleh itu, kami memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan daripada pihak kami sepanjang sesi audit ini.
Semoga sesi audit dalaman ini menjadi platform yang konstruktif untuk kita bersama-sama mempertingkatkan kecekapan pengurusan dan kualiti pelaksanaan prosedur dalam organisasi, selaras dengan standard yang ditetapkan.
Kami berharap agar hasil daripada sesi audit ini dapat dijadikan panduan untuk memperkukuhkan sistem pengurusan kualiti dan seterusnya membawa kecemerlangan kepada IPGKSAH.
Barakallah lakum.
Sekian, terima kasih.