Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim
08000 Sungai Petani, Kedah.
GPS Koordinat :
N 05.62884
E 100.52290
- Details
- Written by: admin
- Hits: 132
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pegawai-pegawai yang berjaya membangunkan laman web JPL,IPGKSAH ini.
Penghasilan webpage ini menggambarkan satu manifestasi kerja berpasukan yang mantap dan komitmen bersepadu yang tinggi dalam organisasi Jabatan Pembangunan Latihan,IPGKSAH. Semoga amalan ini akan berterusan diamalkan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam mengendalikan bidang-bidang yang berkaitan dengan tugas Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).
Jabatan Pembangunan Latihan merupakan sebuah jabatan yang berperanan membangun dan mengembangkan potensi dan prestasi pensyarah dan juga staf pelaksana melalui kursus dan latihan yang berkesan. Setiap warga IPGKSAH mempunyai potensi yang tersendiri dan akan dikembangkan melalui program-program yang disediakan secara teratur dan tersusun sepertimana hasrat kerajaaan untuk mentransformasikan negara ke arah sebuah negara yang maju. Jabatan Pembangunan Latihan , Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim bertanggungjawab memastikan pensyarah-pensyarah dapat melahirkan guru-guru yang lebih kreatif dan kritis supaya semua aspirasi murid dapat dicapai sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Akhir kata , saya mendoakan seluruh warga IPGKSAH akan mendapat manfaat atas usaha murni ini. Semoga warga unit latihan akan bekerja bersungguh-sungguh dalam merealisasikan misi dan visi Jabatan Pembangunan Latihan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.
- Details
- Written by: admin
- Hits: 141
- Merancang, menyelaras dan mengendalikan latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) pensyarah, peningkatan kompetensi staf IPGKSAH dan guru-guru dalam perkhidmatan;
- Memberi peluang kepada kumpulan sasar memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang terkini dan spesifik berkaitan dengan tugas atau tanggungjawab mereka;
- Memastikan tahap kecekapan atau kopetensi kumpulan sasar sentiasa berada di tahap optimum, sejajar dengan perkembangan pesat dalam teknologi;
- Memberi peluang kepada kumpulan sasar mengikuti kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan keupayaan diri dan memantapkan kemahiran pedagogi masing-masing;
- Mendedahkan pensyarah dan guru dalam perkhidmatan kepada isu-isu dan kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam memperkasakan budaya ilmu untuk menghadapi cabaran semasa.
- Details
- Written by: admin
- Hits: 91
Latar Belakang
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG Kampus Sultan Abdul Halim merupakan sebuah unit yang berperanan merancang, mengurus dan melaksanakan latihan yang berkualiti secara berterusan kepada semua pensyarah, staf sokongan dan guru-guru dalam perkhidmatan ke arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan. Kualiti kompetensi warga institut adalah kunci kepada kecemerlangan organisasi. Peningkatan tahap kompetensi ke tahap optimum mampu menyerlahkan imej serta peranan institut sebagai sebuah organisasi awam yang mantap khususnya berkaitan pendidikan sekaligus menyumbang ke arah kecemerlangan negara.
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan saban tahun merancang pelbagai Latihan Pembangunan Staf (LPS) yang selaras dengan analisis Matrik Kompetensi bagi memberikan peluang kepada setiap warga institut meningkatkan ilmu dan kompetensi mereka. Jabatan Pembangunan Latihan sentiasa memastikan keseluruhan LPS dapat dilaksanakan secara profesional dengan memberikan impak optimum khususnya kepada semua warga institut dan organisasi amnya. Jabatan Pembangunan Latihan IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini juga berperanan mengendalikan kursus-kursus pendek seperti Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), Kursus Pendek Kelolaan Institut-Berasaskan Penyelidikan (KPKI-BP), Program Transformasi Minda (PTM), Projek Khas Pensiangan Salinantan (PKPS), Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) dan sebagainya.
Visi
Memberi latihan yang berkualiti, kemas kini dan berterusan ke arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan.
Misi
Mengurus latihan berimpak tinggi lagi berkualiti bagi meningkatkan profesionalisme dan kemahiran dalam kalangan staf akademik, staf bukan akademik dan guru-guru dalam perkhidmatan bagi melahirkan insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, berterampilan, dinamik dan inovatif.
- Details
- Written by: admin
- Hits: 138