BICARA PROFESIONAL SIRI 4/2023 : WEBINAR MIND YOUR MONEY, URUS KEWANGAN URUS MASA HADAPAN.
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan dengan kerjasama Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik telah menjalinkan usaha sama dengan agensi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menganjurkan webinar dalam talian yang bertajuk Mind Your Money: Urus Kewangan Urus Masa Hadapan.
Bicara Profesional pada kali ini memberikan nuansa yang sedikit berbeza kerana kita memfokuskan kepada isu-isu semasa yang berlegar dalam atmosfera masyarakat pada hari ini iaitu pengurusan kewangan yang berkesan dalam mendepani cabaran ekonomi dunia pasca pandemik. Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia1 , jumlah kes kebangkrapan bagi tempoh 2018 hingga Disember 2022 ialah sebanyak 49,133. Dilaporkan juga bahawa jumlah kes bangkrap yang didaftarkan setiap hari dalam tahun 2022 adalah sebanyak 16 kes. Sesungguhnya ini adalah angka yang sangat membimbangkan. Justeru, ASNB mengambil peranan ini untuk memberikan kesedaran dan memupuk kemahiran merancang kewangan kendiri. Kami di pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim menghargai usaha murni ini. Semoga jalinan ini diteruskan lagi pada masa mendatang.
Apa lagi, marilah sama-sama kita menyertai webinar ini pada esok hari!
1 Data dari Jabatan Insolvensi Malaysia melalui https://mdi.gov.my