Selamat Menyambut Hari Deepavali 2024
Karnival Akademik IPGM KSAH 2024
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

BICARA PROFESIONAL SIRI 3/2023

BICARA PROFESIONAL SIRI 3/2023 : TRANSFORMASI IPG 2016-2025 PEMACU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN GURU

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) IPG Kampus Sultan Abdul Halim sekali lagi menyahut cabaran mengelolakan program Bicara Profesional Siri 3/2023 yang akan diadakan pada 2 Februari 2023 (Khamis) yang bertemakan 'Transformasi Institut Pendidikan Guru'. Program ini dilihat sangat menarik dan bermakna kerana kita menampilkan sosok pemimpin dari Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu YBrs. Dr. Mohd Nasrudin Bin Basar, Timbalan Rektor di Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGM sebagai panel bual bicara kali ini.

Transformasi IPG merupakan satu daripada Inisiatif Utama PPPM. Inisiatif ini merupakan kajian semula keseluruhan program pendidikan guru IPG bagi mengenal pasti hala tuju yang jelas yang merangkumi program praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Transformasi ini merupakan satu perancangan jangka panjang bagi tempoh sepuluh tahun (2016-2025) yang melibatkan pelaksanaan 47 inisiatif dalam tiga peringkat. Pada peringkat awal, pelan pelaksanaan kesemua 47 inisiatif transfomasi IPG telah diteliti oleh Jawatankuasa Pemandu Transformasi IPG yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Keseluruhan cadangan kepada pelaksanaan Transformasi IPG 2016-2025 ini pula telah mendapat kelulusan YB Menteri Pendidikan menerusi Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.14/2015.

Transformasi IPG

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290