Bengkel Perancangan Kurikulum (BPK) telah disempurnakan perasmian oleh Pengarah IPGMKSAH , YBrs. Dr Haji Ridzuan bin Ahmad dan En Mohd Roslan Abdul Razak. Bengkel ini merupakan satu program wajib yang perlu dilaksanakan terhadap pensyarah sebelum bermulanya Semester 1 Ogos-Disember Sesi 2024/2025. Hal ini demikian kerana ia dapat memberi manfaat dalam memberi maklumat, pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada pensyarah. Bengkel ini selaras dengan Kluster 2 dalam Perancangan Strategik IPGKSAH 2024-2025 iaitu peningkatan kualiti pensyarah dengan pelaksanaan strategi membangunkan potensi dan kompetensi pensyarah.
Bengkel telah memberi pendedahan mengenai:
1) Taklimat Akademik dan Objek Pembelajaran Digital (OPD) - YBrs.Dr Jamilah Harun
2) Program Pengajian Akademik Sesi Ogos- Disember 2024 - Pn Hjh Afifah Abu Bakar
3) Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) - Pn Hjh Norarbaniah Shafie
4) Pemetaan Kalender Akademik Sesi 2024/2025 - En Amir Mohamad
5) Pentaksiran Berterusan (PB) - YBrs. Dr. Suzana Abdul Mutalib