Bengkel Objek Penghasilan Pembelajaran Digital (OPD) ini adalah salah satu usaha Unit Pembelajaran Digital, Jabatan Kecemerlangan Akademik bagi memantapkan kemahiran digital kepada semua pensyarah selari dengan pemanfaatan teknologi digital dalam Pendidikan khususnya dalam Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna. Majlis Perasmian Pembukaan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPGM KSAH, Encik Muhammad Roslan bin Razak . Penceramah terdiri daripada Dr Hashiroh Binti Hussain, Pn Norarbainah Binti Shafie, Dr Marlia Binti Jamail dan Pn Ahlamulmuna Binti Uzir. Di samping itu, Bengkel Penghasilan OPD ini bertujuan untuk menghasilkan OPD yang baik dan lengkap bagi dipamerkan dalam Karnival Akademik Madani yang akan dilaksanakan pada 17 Oktober 2024.
- Details
- Written by: jka
- Hits: 111