Bengkel Pembudayaan Digital anjuran Jabatan Bahasa dan Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA), IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang berlangsung pada 14 hingga 15 Julai 2025 telah membuka ruang kepada para pensyarah untuk memperkukuh kefahaman dan penguasaan dalam platform Microsoft Learn Educator Centre. Dengan bimbingan fasilitator dari JPN Kedah dan sekolah rakan digital, para peserta berpeluang mengaplikasi secara langsung kemahiran yang dipelajari dalam suasana kolaboratif dan menyokong antara satu sama lain. Bengkel ini bukan sahaja meningkatkan celik digital dalam kalangan warga pensyarah, malah menyemarakkan semangat untuk terus berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290