Bengkel CDL/CCQI Semester I bagi tempoh Ogos hingga Disember 2025 telah dilaksanakan pada 15 Januari 2026, bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Bukhari. Bengkel ini bertujuan untuk membimbing dan memastikan pengisian maklumat Curriculum Delivery and Learning (CDL) serta Continuous Course Quality Improvement (CCQI) dilaksanakan dengan tepat dan lengkap dalam sistem yang telah ditetapkan.

Sepanjang bengkel, para peserta telah diberi penerangan berkaitan tatacara pengisian data CDL/CCQI, termasuk pelaporan pencapaian kursus, refleksi pengajaran dan pembelajaran, analisis isu, serta cadangan penambahbaikan berasaskan dapatan Semester I. Sesi ini turut memberi ruang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan secara langsung bagi memastikan keseragaman dan ketepatan maklumat yang direkodkan dalam sistem.

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pengisian CDL/CCQI dalam sistem berjaya dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berfokus, sekaligus menyokong amalan penambahbaikan berterusan serta pemantauan kualiti akademik bagi semester seterusnya.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290