Kursus Asas Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Perlis
Tahniah kepada 10 orang pelajar IPGKSAH yang telah berjaya menyertai Kursus Asas Tembok Tiruan Peringkat Negeri Perlis anjuran JBS Perlis yang diadakan pada 1-2 Okt 2025 di KOMBES Kedah. Pelbagai ilmu kemahiran telah dipelajari seperti teknik memanjat tembok, alat-alat yang terlibat serta kaedah memanjat yang betul. Terima kasih kepada semua jurulatih yang bersungguh-sungguh mengajar dan memberi peluang kepada semua peserta untuk mencuba.