Bengkel Kerja Pensijilan Tali Aras Tinggi dan SEACF Tahap 1
Peringkat Kebangsaan IPGM 2025
Tahniah kepada 6 orang pelajar kerana telah menghadiri Bengkel Kerja Pensijilan Tali Aras Tinggi dan lulus SEACF Tahap 1 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 10-14 Oktober 2025 di IPGK Darul Aman. Bengkel ini sangat penting dan berfaedah kerana ia memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan tali aras tinggi, sekaligus memberi peluang kepada para peserta untuk mendapatkan tauliah yang diiktiraf. Pensyarah pengiring ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.