
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN CEMERLANG
Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan inovasi JOM GREEN DIGILEXIC atas kejayaan meraih Pingat Silver dalam INNOW Showcase 2026 bersempena Green Carnival 2026.
Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kreativiti dan kerjasama pasukan dalam membangunkan inovasi yang menggabungkan teknologi digital, pembelajaran bahasa dan kelestarian alam sekitar.
Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan:
Dr. Emram bin Yunus
Pn. Nor Bibi Maslina binti Jusoh
Dr. Hasnul Hisham bin Hashim
Dr. Nurain binti Redzali
Dr. Linda Liang Peng Yaep
Inovasi JOM GREEN DIGILEXIC menyokong pembelajaran bahasa melalui platform digital interaktif, meningkatkan literasi digital, menerapkan nilai kelestarian serta membentuk generasi yang berilmu, kreatif, inovatif dan prihatin terhadap alam sekitar.





