BENGKEL KERJA PEMBANGUNAN DAN PEMURNIAN AI DALAM PENDIDIKAN
Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Kerja Pembangunan dan Pemurnian AI Dalam Pendidikan sempena AI Educators Challenge 2026!
Program anjuran bersama Jabatan Kecemerlangan Akademik serta Jabatan Digital dan Teknologi Maklumat IPGKSAH ini memfokuskan kepada pemerkasaan kompetensi digital guru pelatih.
Berikut adalah pencapaian dan statistik sepanjang bengkel berlangsung:
Tarikh: 13 – 14 Julai 2026 (2 Hari Bengkel)
Tempat: Hotel Seri Malaysia Kulim
Statistik: 34 Peserta | 9 Kumpulan | 100% Penyertaan Aktif
💡 Hasil: 9 Produk AI berasaskan pentaksiran digital dan maklum balas pembelajaran berjaya dihasilkan dan bersedia untuk bertanding!
Syabas diucapkan kepada Penyelaras Program, Dr. Nurain Redzali (Ketua Unit Pembelajaran Digital) serta seluruh jawatankuasa dan peserta yang komited dalam melonjakkan inovasi pendidikan masa hadapan.
"Inovasi hari ini, pendidikan masa depan."

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290