Pada 08 Oktober 2025 (Rabu), Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim dengan kerjasama SK Pendidikan Khas (SKPK) Sungai Petani telah melaksanakan Program STEM-Hub: Inclusive Science Teaching. Di sekolah ini, terdapat tiga kategori murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) iaitu masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengikuti taklimat, lawatan ke kelas MBPK serta sesi refleksi bagi memahami pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah pendidikan khas sepenuhnya. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen dan semangat tinggi dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman yang diperoleh dapat memperkukuh kefahaman dan kompetensi guru pelatih dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang inklusif dan berkesan pada masa hadapan.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290