Pada 02 Oktober 2025 (Khamis), Jabatan STEM, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim dengan kerjasama Balai Bomba Sungai Petani telah melaksanakan PROGRAM CERAMAH KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI MEMADAM API. Program Ini bermula pada pukul 8:00 pagi dan tamat pada pukul 1:00 petang. Seramai 65 orang pelajar Elektif Terbuka Sains telah terlibat dalam menjayakan program ini. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran peserta mengenai pencegahan serta pengendalian kebakaran di makmal sains dan kawasan kampus. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat kerana berjaya melaksanakan program ini dengan penuh semangat dan dedikasi.
.