📌 Pada 19 Ogos 2025, Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM) bersama Jabatan Bahasa (JB) dan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) telah mengadakan Program Sekolah Pengajar: Karnival Hab-STEM, Bahasa & PAKK bertempat di SK Bukit Kiara, Sungai Petani, Kedah.
📌 Dalam karnival ini, pelbagai aktiviti menarik yang bertemakan 'Fun in Learning Science',  RBT Quest: Mencipta dan Menjana, 'Math mania: Fun Games', 'Language Quest: Fun Learning Stations' & STEM Cilik: Kenali Dunia Sains & Matematik telah dilaksanakan dengan jayanya.
📌 Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir IPGKSAH, pihak PPD Kuala Muda, pihak pentadbir SK Bukit Kiara, Jawatankuasa Sekolah Pengajar, Jawatankuasa Program, para pensyarah, para guru SK Bukit Kiara, siswa siswi pendidik yang telah memberikan sumbangan idea, tenaga, masa dan komitmen yang padu dalam menjayakan karnival ini.
📌 Semoga program ini dapat meningkatkan minat murid terhadap STEM, bahasa, dan kemahiran awal kanak-kanak sambil mengasah kreativiti, potensi diri, serta keupayaan mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan sebenar. Pada masa yang sama, program ini diharapkan memberi impak positif kepada siswa guru dengan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pelaksanaan aktiviti STEM secara lebih kreatif dan berkesan. Melalui kolaborasi antara IPGKSAH, sekolah dan pihak berkepentingan, program ini juga menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi murid yang berdaya saing, inovatif, dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.