Bengkel Kerja Pembangunan Profesionalisme dan Penandaarasan Pensyarah Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM) 2025
Pada 29-31 Julai 2025, Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM) telah mengadakan Bengkel Kerja Pembangunan Profesionalisme dan Penandaarasan Pensyarah STEM 2025 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah mengikuti bengkel ini dengan penuh komited. Semoga bengkel ini dapat membantu para pensyarah STEM meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam melaksanakan pentaksiran autentik yang berkesan di bilik darjah, menyelaras dokumen pentaksiran secara sistematik dan berkualiti, serta melengkapkan dokumen audit kursus (LAM-PT) mengikut garis panduan dan piawaian jaminan kualiti yang ditetapkan.