Lawatan Pelajar Elektif Teras (Sains) Ke Langkawi Geopark Discovery Centre
📌 Pada 23 April 2025, Jabatan STEM/Unit Sains juga telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Langkawi Geopark Discovery Centre.yang melibatkan seramai 13 orang pelajar Elektif Teras Sains.
📌 Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada pelajar tentang konsep geosains, biodiversiti serta pemuliharaan alam sekitar. Pendedahan secara langsung kepada warisan geologi yang berusia ratusan juta tahun ini diharapkan dapat memperkukuh penguasaan pelajar terhadap kandungan kurikulum sains secara kontekstual. Selain itu, lawatan ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk memahami fungsi geopark sebagai platform pendidikan, pemuliharaan dan pembangunan lestari. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam persekitaran sebenar serta menilai potensi kaedah pembelajaran luar bilik darjah yang berkesan dan menyeronokkan. Secara tidak langsung, lawatan ini juga bertujuan menyemai kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan bakal guru untuk menghargai dan melindungi khazanah alam sebagai sebahagian daripada usaha membina generasi yang celik sains dan berwawasan lestari.
📌 Program ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang dan mencapai objektif yang ditetapkan.