Lawatan Ke Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Malaysia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
📌Pada 23 April 2025, seramai 13 orang pelajar Elektif Teras Sains telah menyertai lawatan sambil belajar ke Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertempat di Langkawi, Kedah. Program ini merupakan program anjuran Jabatan STEM/Unit Sains, IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
📌 Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mendalam kepada pelajar tentang pengetahuan sains angkasa di samping memahami peranan teknologi dalam penerokaan alam semesta. Melalui lawatan ini, pelajar berpeluang melihat sendiri peralatan seperti teleskop besar yang digunakan untuk mencerap objek-objek di angkasa seperti bulan, matahari dan lain-lain. Pelajar juga dapat mempelajari teknik cerapan yang digunakan untuk menetukan permulaan bulan hijrah, fenomena gerhana dan aktiviti-aktiviti suria lain. Ia mampu memupuk minat pelajar terhadap bidang astronomi dan memberi pendedahan awal berkaitan kerjaya dalam bidang sains dan angkasa.
📌 Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan,
Â