
Jabatan STEM IPGK Sultan Abdul Halim akan menganjurkan Program Kesedaran Pengurusan Sisa Pepejal dan Keluarga Lestari bagi meningkatkan kesedaran warga kampus tentang amalan pengurusan sisa yang lestari dan mesra alam. Bersempena dengan program ini, pihak kami turut menjemput E-Idaman untuk menjalankan aktiviti pembelian bahan-bahan kitar semula.
Maklumat Program
📅 Tarikh: 2 Julai 2026
🕤 Masa: 8.00 pagi – 12.00 tgh
📍 Tempat: IPGK Sultan Abdul Halim
Tentatif Program :
8.00- 10.30 pagi: Taklimat 3R oleh E- Idaman ( Dewan Al Bukhari)
9.30 - 12.00 tengah hari :Jualan/Pembelian Bahan Kitar Semula
Sehubungan itu, semua warga kampus dijemput untuk membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, surat khabar lama, kotak, botol plastik, tin aluminium dan lain-lain bahan yang diterima oleh pihak E-Idaman.
Marilah bersama-sama kita menyokong amalan kelestarian alam sekitar dan membudayakan pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab demi kampus hijau dan masa depan yang mampan.
"Kitar Semula Amalan Mulia, Kelestarian Tanggungjawab Bersama."
Sekian, terima kasih. 🌱♻️
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Pn Hanisah/ Dr Marlina/ Pn Anis/ En Sofie





