
Pada 15 Jun 2026, seramai 50 orang guru Matematik sekolah rendah dari Zon Selatan Negeri Kedah telah menyertai Bengkel Pemantapan Pedagogi Matematik yang dikendalikan oleh 5 orang pensyarah Matematik, Jabatan STEM di SMK Bandar Puteri Jaya.
Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh kompetensi guru melalui perkongsian kepakaran, pengalaman dan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, dengan penekanan kepada pedagogi terkini, strategi pengajaran inovatif serta integrasi teknologi bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid di bilik darjah.
Program ini merupakan satu inisiatif kolaboratif antara IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam usaha memperkasakan profesionalisme guru serta meningkatkan kualiti pendidikan Matematik di sekolah rendah.
Semoga ilmu, idea dan pengalaman yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam amalan pengajaran harian demi melahirkan murid yang lebih yakin, kreatif dan berdaya saing dalam Matematik.





