



📅 Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Program Gotong-Royong MADANI telah diadakan bagi memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab serta budaya menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran dalam kalangan warga institut. Program ini turut menyokong aspirasi Malaysia MADANI melalui pengukuhan nilai kebersamaan, kesukarelawanan dan kecintaan terhadap persekitaran yang kondusif.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga institut yang telah memberikan komitmen serta kerjasama sepanjang pelaksanaan program ini. Semoga amalan murni ini dapat diteruskan bagi mewujudkan persekitaran kampus yang bersih, ceria, selamat dan lestari.





