Jabatan Sains Sosial (JSS) dengan kerjasama Badan Dakwah dan Sahsiah (BADAS), Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH), akan menganjurkan Program Jom Solat Subuh Bersama Warga IPGKSAH sebagai usaha menyemarakkan budaya solat berjemaah, memperkukuh pembinaan sahsiah serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kampus.

Program yang bakal berlangsung pada 25 Jun 2026 (Khamis) di Pusat Islam Al-Fudhail, IPGKSAH ini akan dimulakan pada 5.50 pagi dengan solat Subuh berjemaah yang akan diimamkan oleh Abdel Hamied Kishk bin Ahmad Shazili, manakala Ahmad Sahly bin Jamsari Hussain akan bertindak sebagai bilal.

Turut diadakan ialah sesi tazkirah bertajuk "Kamu yang Baik" yang akan disampaikan oleh YBrs. Dr. Rohani binti Che Hashim, Kaunselor Berdaftar (KBPA). Tazkirah ini diharapkan dapat memberikan pengisian rohani yang bermanfaat serta menjadi inspirasi kepada warga kampus dalam membentuk keperibadian yang unggul.

Program ini melibatkan semua pelajar PPISMP Jabatan Sains Sosial Ambilan Ogos 2025/2030, 2024/2029, 2023/2028 dan 2022/2027, di samping mengalu-alukan penyertaan seluruh warga IPGKSAH.

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan peluang ini untuk memulakan hari dengan penuh keberkatan, memperkukuhkan hubungan silaturahim serta menghayati nilai-nilai murni melalui solat berjemaah dan pengisian ilmu.

"Bersama Mengimarahkan Subuh, Memperkukuh Ukhuwah, Membina Insan Berakhlak Mulia."

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290