Kembara Visual KANVAS ALAM 1, Anjuran JSS IPGKSAH. Dilaksanakan dengan jayanya pada 16-18 Ogos 2022. Penyelaras Program ini & Ketua Fasilitator ialah Soo Fong, diketuai oleh KJ Zakaria, PKJ Dr.Azian, KU Dr.Anand, SU Haslinda, Othaya dan Fauzi. Seramai 32 pelajar Teras & Elektif Teras PSV JSS turut bersama-sama terlibat dalam menjayakan kesemua aktiviti berkarya & Apresiasi Seni di Pantai Nami, Pantai Cahaya Bulan, Muzium Negeri Kelantan serta Pusat Kraf Negeri di Kota Bharu. Pasukan kami turut melaksanakan kolaborsi penanda aras PSV di Muzium Budaya IPGK KB dengan lancarnya. Program Kembara Visual: Kanvas Alam 1 berjaya memastikan para pelajar PISMP PSV Teras & Elektif Teras bagi aspek berikut:
- Mengaplikasi kemahiran melukis dan mereka bentuk atas kanvas alam semuladi yang terbesar di Pantai Nami Bachok, dengan kreatif dan inovatif.
- Melaksanakan aktiviti pengukuhan mencipta serta membuat apresiasi seni Cetakan dan Asas Lukisan atas Pasir secara berpasukan.
- Menganalisis sejarah tempatan Asas Lukisan dan kreativiti Dan Seni Kanak-Kanak dalam aktiviti Mencanting Batik Flora & Fauna di Pusat Kraf Negeri Kelantan, juga mendorong pelajar kita dalam menghasilkan laporan dan dokumentasi visual di sepanjang program 3 hari 2 malam ini.
- Malahan, lawatan Penanda Aras kolaborasi bersama JSS IPGK KB juga turut merealisasikan penguasaan kemahiran KBAT & elemen KPPB di kalangan para pelajar kita melalui Sesi Diskusi & lawatan ke Galeri Budaya IPGK KB. Kerjasama yang begitu positif oleh para pensyarah JSS KSAH berupaya memotivasikan kesemua 32 pelajar PISMP kita. Syabas JSS IPG KSAH ! Terima kasih kepada JSS IPGK KB atas kolaborasi Bench Marking PSV dengan jayanya. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak pentadbir, Pengarah, Timbalan Pengarah serta pihak pengurusan yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan program perancangan tahunan JSS ini.