Selamat Menyambut Hari Deepavali 2024
Karnival Akademik IPGM KSAH 2024
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

Forum.Kesan.Karya2D&3D.terhadap.masyarakat

FORUM SENI SEZAMAN V3 bertajuk KESAN KARYA 2D & 3D TERHADAP MASYARAKAT merupakan satu forum eksklusif anjuran Jabatan Sains Sosial (JSS) bagi permulaan Tahun 2023. Ia dilaksanakan sempena PAMERAN SENI SEZAMAN V-3, 16 hingga 18 Januarai 2023 di Dewan Munsyi dan Galeri Seni Warisan Dan Budaya IPG KSAH. Para panel forum tersebut terdiri daripada Panel 1, Tuan Haji Judin bin Ahmad yang juga merupakan tetamu khas yang diundang untuk meraikan majlis perasmian  pameran ini pada 16 Januari 2023 di Dewan Munsyi IPG KSAH. Panel ke-2 ialah Puan Chin Soo Fong yang juga memegang jawatan penyelaras pameran serta kurator Galeri Seni Warisan Dan Budaya IPG KSAH. Moderator bagi forum tersebut ialah Puan Faridah binti Abdul Rahman yakni Ketua Jabatan Sains Sosial IPG KSAH.

Forum yang ulung kali dijalankan oleh JSS dalam sejarah perkembangan PSV di KSAH telah berjaya di kendalikan dengan cemerlang oleh warga JSS termasuk barisan AJK pelajar pameran tersebut. Seramai 25 pelajar PSV serta 30 orang pengunjung pameran di Dewan Munsyi mengajukan soalan perkaitan antara "karya 2D/3D @ produk 3D terhadap masyarkat", kepada para panel ini. JSS mengucapkan ribuan terima kasih terhadap dua panel yang arif dengan proses evolusi seni halus dan seni visual dalam bidang pendidikan, khususnya di sekolah rendah. Sokongan padu yang diberikan oleh pihap warga KSAH bagi menjayakan forum tersebut asalah amat dihargai oleh kesemua AJK Pameran Seni Sezaman V-3. Semoga forum ini merupakan satu penanda aras bagi forum -forum pameran seni visual yang akan datang. Terima kasih kepada warga KSAH yang memberikan sokongan padu kepada pasukan AJK JSS sepanjang pelaksaan forum ini, Syabas! 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290