
Tahniah dan Syabas!
Jabatan Sains Sosial (JSS), IPGKSAH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kumpulan SnakeTech atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam kategori Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran sempena 2nd International Innovation Competition in Social Sciences on Education (IINOSAS) 2026.
Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan semangat inovasi yang tinggi dalam menghasilkan penyelesaian pendidikan yang memberi impak kepada proses pembelajaran abad ke-21. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Ahli Kumpulan:
• Che Muniana Amani binti Che Mohamad
• Mohammad Deniel bin Mat Junoh
• Nur Adlina Azyati binti Awang
• Amila Zuhaira binti Ibrahim





