Program Sekolah Pengajar bawah Dasar MBMMBI telah berlangsung dengan jayanya di SK Dataran Muda pada 21 Julai 2025. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu serta Jabatan Pendidikan Islam dan Moral sebagai inisiatif memperkasa pendidikan bahasa dalam kalangan murid sekolah rendah.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan, termasuk permainan bahasa, bimbingan kumpulan dan aktiviti nilai yang menyeronokkan. Penyertaan aktif daripada murid-murid serta kerjasama erat antara guru pelatih dan warga sekolah telah menjadikan program ini satu pengalaman yang bermanfaat dan bermakna untuk semua yang terlibat.

Tajuk : PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR DI BAWAH DASAR MBMMBI

Tarikh : 21 JULAI 2025

⁠Masa : 8.00 PG - 2.00 PTG

⁠Tempat : SK DATARAN MUDA

⁠Maklumat Program : Program berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

⁠Perasmi : Pn Hjh Nafishah bt Jusoh

Objektif Program :

  1.  Memberi pendedahan dan berkongsi pengetahuan tentang inovasi dalam pembelajaran.
  2. Mempraktikkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.
  3. Menjalinkan jalinan dan jaringan kerjasama antara IPG dan pihak sekolah.

 

Penyelaras : Pn. Maslina binti Osman

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290