Pertandingan Pesta Pantun Penjawat Awam Negeri Kedah

 

Nama program

PERTANDINGAN PESTA PANTUN PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH

Tarikh

1 JUN 2025 (RABU)

Tempat

WISMA DARUL AMAN, NEGERI KEDAH

Peserta terlibat

Melibatkan penyertaan dan komitmen seramai 4 orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dan seorang pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPGKSAH. Sebanyak 9 kumpulan pemantun daripada pelbagai agensi kerajaan telah bersaing di peringkat saringan. 5 kumpulan telah layak mara ke peringkat akhir Pesta Pantun Penjawat Awam Negeri Kedah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) dengan kerjasama oleh DBP Wilayah Utara, Perpustakaan Awam Ngeri Kedah dan Persatuan Swadaya.

Objektif

1.     Memberikan pendedahan dan berkongsi ilmu pantun dalam kalangan penjawat awam.

2.     Mempraktikkan kemahiran berpantun yang santun dan puitis.

3.     Menjalinkan jalinan dan jaringan kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan di Negeri Kedah.

Pencapaian

Pasukan Pemantun daripada IPGKSAH dengan nama kumpulan SERI ADIKARA telah dinobatkan sebagai Johan Pesta Pantun Penjawat Awam 2025.

 

"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dan Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPGKSAH atas kejayaan muncul sebagai Johan Pertandingan Pesta Pantun Penjawat Awam Negeri Kedah. Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kecemerlangan bakat dan kepetahan berpantun, tetapi juga mengangkat martabat seni warisan bangsa. Semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.”

Jurulatih : Pn. Noor Halizawati binti Abd. Ghani

 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290