SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK & SAMNBUTAN HARI LAHIR 2024 BERSAMA WARIS
Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Lahir Julai-Disember telah diadakan pada hari Isnin, 25 November 2024 bertemakan Perpaduan.
Sambutan tersebut diadakan bagi meraikan murid-murid prasekolah Didikku Sayang bagi merealisasikan Program Amalan Guru Penyayang.
Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk menghargai serta menjaga kebajikan setiap murid seterusnya memupuk semangat kasih sayang dalam kalangan guru, murid dan waris.
Sambutan tersebut telah diserikan lagi dengan kedatangan waris bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Lahir. Pelbagai juadah dan hadiah telah disediakan oleh guru dan waris.
Pihak prasekolah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapaatas kerjasama dan komitmen yang diberikan bagi memastikan majlis dapat berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Semoga sambutan ini akan dapat terus dikekalkan pada masa akan datang.