Iklan Kekosongan Jawatan IPGMKSAH
Tahniah kepada YBhg. Dato Haji Mohd Zambri bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Rektor Kanan IPGM
Tahniah! Instruktur Kecergasan Senamrobik Tahap 1 Peringkat Kebangsaan
Jurnal Penyelidikan Khazanah Jilid 26, 2025
Pilihan Raya Kampus JPP IPGM KSAH 2025/2026
Audit Dalaman ISO 21001:2018 Tahun 2025
Salam Israk Mikraj 2025
Tahniah kepada JPIM atas Kejayaan dalam Inovasi Peringkat Antarabangsa
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

CERAMAH PEMAKANAN SIHAT & PERTANDINGAN MENGHIAS MAKANAN SIHAT

Ceramah Pemakanan Sihat adalah satu program prasekolah yang dijalankan kepada ibu bapa dan murid-murid prasekolah.

Program ini memberi pendedahan kepada mereka tentang corak pemakanan yang sihat dalam penjagaan kesihatan murid. Amalan pemakanan yang sihat boleh dirancang dengan merujuk piramid makanan yang terkini yang digunakan dalam penyediaan makanan sihat.

Ceramah ini merupakan sumbangan kepakaran daripada salah seorang waris kepada murid Prasekolah Didikku Sayang iaitu Encik Shazuan Irwan yang merupakan seorang Pegawai Sains Pemakanan yang bertugas di Klinik Kesihatan Seberang Jaya. Beberapa pesanan penting telah disampaikan, antaranya:

i. Ibu bapa dan murid-murid perlu mengetahui makanan berkhasiat & tidak berkhasiat dan sesuai untuk keperluan perkembangan murid.

ii. Makanan yang tidak sihat seperti jajan, nugget, sosej, burger dan kentang merupakan makanan yang tidak elok dimakan terutamanya pada waktu malam.

iii. Bahaya makanan yang tidak berkhasiat akan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan murid.

iv. Ibu bapa juga dapat menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan yang baru.

Dalam program ini, Pertandingan Menyediakan Makanan Sihat turut diadakan melibatkan gabungan ibu dan anak. Pelbagai makanan sihat dan menarik telah disediakan dan pihak juri telah memilih 5 orang peserta sebagai pemenang.  Penolong Ketua Jabatan PAKK  iaitu encik Aidil Firdaus bin Mohd Sok telah hadir sebagai juri dan Ketua Jabatan PAKK turut hadir bagi merasmikan program ini.

 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290