Tahniah kepada YBhg. Dato' Ts Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim
Tahniah kepada YBhg. Datuk Haji Azman bin Haji Adnan.
INNOCOM 2025: Tahniah Kerana Mendapat Pingat Perak
Selamat Datang ke IPGMKSAH!
Pingat Perak: Tahniah Pasukan Inovasi Arte
Program Gotong-royong Madani 2025
Iklan Kekosongan Jawatan IPGMKSAH
Tahniah kepada YBhg. Dato Haji Mohd Zambri bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Rektor Kanan IPGM
Tahniah! Instruktur Kecergasan Senamrobik Tahap 1 Peringkat Kebangsaan
Jurnal Penyelidikan Khazanah Jilid 26, 2025
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

Program Menyelusuri Masyarakat Perkampungan Air di Semporna, Sabah

SUNGAI PETANI - Seramai 23 orang pensyarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah melaksanakan Program Menyelusuri Masyarakat Perkampungan Air di Semporna, Sabah pada 1 hingga 6 Oktober 2023. Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan semangat perpaduan dan keprihatinan, mewujudkan rasa kebertanggungjawaban dan sifat penyayang terhadap masyarakat pribumi di pedalaman Sabah, memperkenalkan sosiobudaya masyarakat Bajau Laut Semporna disamping menyantuni mereka dalam dunia pendidikan. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Kecemerlangan Pedagogi Orang Asli dan Pedalaman IPGKSAH dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Jabatan Sejarah. Program berbentuk lawatan dan kolaborasi serta khidmat masyarakat ini sebegini perlu dijalankan untuk mendedahkan Pegawai Akademik IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran serta nilai sivik dan kewarganegaraan sepanjang pengurusan dan pengendalian program. Semoga program ini dapat mempengaruhi corak budaya kerja yang cemerlang berteraskan konsep ITQAN yang menjadi paksi kecemerlangan warga kerja IPG Kampus Sultan Abdul Halim. 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290