Bengkel Didik Hibur dan Kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
SUNGAI PETANI - Bengkel Didik Hibur dan Kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak telah dilaksanakan pada 11 Oktober 2023 di Dewan Bukhari IPGKSAH. Penceramah bengkel ini ialah Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Masnan iaitu Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bengkel dijalankan selama dua jam ini dihadiri 169 orang siswa pendidik Pendidikan Awal Kanak-kanak IPGKSAH. Penyelaras Program iaitu Puan Hamiza binti Ismail telah melibatkan 19 orang siswa pendidik PAKK sebagai urus setia dan jawatankuasa yang bertugas dalam merancang dan melaksanakan program rasmi kampus dan memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada siswa pendidik memenuhi kriteria pelibatan pelajar dalam majlis rasmi dan 8K dalam kemahiran insaniah pelajar. Antara aktiviti semasa bengkel ini ialah memberi pendedahan berkaitan ilmu pedagogi dalam pelaksanaan pengajaran didik hibur dan kreativiti, membina lirik lagu dan membuat persembahan menggubah lagu kanak-kanak menggunakan alat muzik dan perkusi. Semoga siswa pendidik PAKK beroleh ilmu pedagogi didik hibur dan kreativiti yang terbaik untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian.