🌟 Alhamdulillah, Pertandingan Pengucapan Awam Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi kursus PAKK 1152 & PAKK 1162 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada:
📅 16 & 19 April 2026
⏰ 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 G204 & Bilik Al-Biruni

🌟 Pertandingan ini bertemakan “Bahasa sebagai Wahana Keyakinan dan Komunikasi Pendidik Awal Kanak-Kanak” yang bertujuan meningkatkan keyakinan serta kemahiran komunikasi dalam kalangan bakal pendidik.

🌟 Pertandingan bahas ini telah berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan sihat antara 9 kumpulan. Sepanjang pertandingan, para peserta menampilkan hujah yang kritis, penyampaian yang yakin serta gaya komunikasi yang berkesan dalam mempertahankan idea masing-masing. 🎤✨

🌟 Sehubungan itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada  Puan Izyan Hazwani binti Azmi dan Puan Juriah binti Zaini selaku pensyarah penyelaras, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.

🌟 Semoga pengalaman yang diperoleh dapat meningkatkan keyakinan diri serta memantapkan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar sebagai persediaan menjadi pendidik awal kanak-kanak yang berkualiti. 

Sekian, terima kasih 🌻

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290