🌟 Alhamdulillah, Kerja Amali Kesihatan dan Keselamatan bagi kursus PAKK3573 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada:

🗓️ 15 April 2026
⏰ 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
📍 GERKO G203 & G204

📌 Program ini melibatkan 16 kumpulan dengan penyertaan 2–3 orang ahli bagi setiap kumpulan yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan aktiviti amali berkaitan kesihatan dan keselamatan, khususnya pengendalian situasi kecemasan serta prosedur bantuan awal.

📌 Melalui kerja amali ini, para pelajar berpeluang mengaplikasikan pengetahuan teori kepada situasi praktikal, di samping meningkatkan kemahiran berkaitan keselamatan diri, pengurusan risiko, bantuan kecemasan, kerjasama berpasukan dan tindakan yang sesuai dalam menghadapi situasi kecemasan.

🌟 Sehubungan itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Izyan Hazwani binti Azmi selaku pensyarah penyelaras serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja amali ini.

🌟 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atas penglibatan aktif dan usaha yang cemerlang dalam menjayakan kerja amali ini. 

🌟Semoga pengalaman ini dapat memperkukuh pengetahuan dan kemahiran sebagai bakal pendidik yang peka terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kanak-kanak.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290