Alhamdulillah, Persembahan Bercerita Karya Kanak-Kanak Kelas F3B telah berjaya dilaksanakan sebagai Pentaksiran Berterusan Tugasan 3: Persembahan bagi kursus PAKK1172 โ€“ Seni, Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

๐Ÿ“… Tarikh: 20 Julai 2026
โฐ Masa: 8.30 pagi โ€“ 10.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Auditorium Al-Farabi

๐ŸŒŸ Program ini melibatkan pelajar Kelas F3B yang mempersembahkan pelbagai cerita kanak-kanak secara kreatif melalui pendekatan didik hibur. Persembahan ini bertujuan meningkatkan kemahiran bercerita, komunikasi, kreativiti serta keyakinan diri sebagai bakal pendidik awal kanak-kanak. Turut hadir memeriahkan program ialah murid-murid Prasekolah Didikku Sayang yang memberikan kerjasama dan respons yang baik sepanjang persembahan berlangsung. ๐Ÿ“šโœจ

๐ŸŒŸ Melalui program ini, pelajar dapat mengaplikasikan elemen seni, bahasa dan sastera dalam penyampaian cerita bagi mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak.

๐ŸŒŸ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Mohd Aidil Firdaus bin Mohd Sok selaku pensyarah penyelaras kursus serta pensyarah-pensyarah yang hadir atas bimbingan dan sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada pihak Prasekolah Didikku Sayang, guru-guru, murid-murid serta semua pelajar Kelas F3B atas kerjasama dalam menjayakan persembahan ini.

๐ŸŒŸ Semoga pengalaman ini dapat memperkukuh kemahiran pedagogi, komunikasi dan kreativiti pelajar dalam membentuk pendidik awal kanak-kanak yang berkualiti.

IPG Kampus Sultan Abdul Halimย  ย 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.ย  ย  Tel : +604-4218621ย  Fax : +604-4218582ย  ย  ย GPS Koordinat :ย N 05.62884ย  E 100.52290