
Bengkel Persediaan Penyeliaan Praktikum (TASKA) Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 21 hingga 23 Julai 2026 di SK Penghulu Ahmad, Chenang dan TASKA PERMATA Temonyong, Chenang, Langkawi. Bengkel ini bertujuan memperkukuh pengurusan dan pelaksanaan praktikum TASKA PAKK serta meningkatkan keberkesanan proses pemantauan, pentaksiran dan bimbingan guru pelatih.
Sepanjang bengkel, para pensyarah berpeluang berkongsi amalan terbaik, menyelaraskan prosedur penyeliaan serta membincangkan isu berkaitan pengurusan praktikum. Fokus utama turut diberikan kepada objektif praktikum, instrumen penilaian, tatacara pemantauan, penyediaan laporan dan peranan pensyarah pembimbing. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman pensyarah, memperkukuh kolaborasi profesional dan memastikan pelaksanaan praktikum TASKA berjalan dengan lebih sistematik, berkualiti serta berkesan.