SUNGAI PETANI 30 Nov 2022, Dr. Mohammad Zeeree bin Kanreng, pensyarah akademik di Jabatan Bahasa, IPG Kampus Sultan Abdul Halim sudah tiba harinya beliau melepaskan semua tugas hakiki sebagai seorang pensyarah kanan Institut Pendidikan Guru.
Sepanjang perkhidmatan di IPG beliau pernah memegang jawatan Ketua Jabatan, Ketua Kluster, Ketua Unit, SME, Panel Task Force, Auditor dan lain-lain lagi. Di samping itu, beliau juga banyak terlibat dalam penyelidikan dan penulisan dalam bidang bahasa Inggeris,sesungguhnya terlalu banyak jasa yang telah disumbangkan oleh Dr. Mohammad Zeeree di IPG.
Sesungguhnya banyak contoh teladan dan ibrah yang boleh diambil dari beliau untuk diteruskan sebagai legasi kecemerlangan oleh para pensyarah di kampus ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohammad Zeeree bin Kanreng di atas segala jasa bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh berkhidmat di kampus KSAH selama ini.
Selamat bersara diucapkan kepada beliau,semoga diberkati umur, dikurniakan kesihatan, dilimpahi kesejahteraan dan sentiasa dinaungi rahmat oleh Allah s.w.t.