Satu acara diskusi buku dalam kalangan para penulis negeri Kedah akan berlangsung pada 26 September 2025 (Jumaat) bertempat di Village Mall, Sungai Petani Kedah. Acara ini diadakan bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan 2025 peringkat Negeri Kedah dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Kedah dan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memeriahkan Pesta Buku Kedah.
Pn Noor Halizawati binti Abd Ghani, salah seorang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu (JPM) IPGKSAH merupakan moderator bagi sesi diskusi ini. Warga IPGKSAH dipelawa untuk bersama-sama memberi sokongan kepada beliau disamping memeriahkan acara ini pada 26 September, 2025 nanti.